Slideshow

Gambar Kata Kata Kartun Pasangan Muslim Radikal Romantis Terkini

" Wahai Adam yang bernama 'lelaki'. Allah ciptakan kalian sebagai pelindung, bukan penindas.

Allah berikan kelebihan kuasa bukan untuk dibanggakan siapa lebih kuat dan hebat, tetapi sebagai amanah.

Jangan kalian katakan mencintai wanita, tetapi dalam masa sama melukainya.

Jangan kalian ucapkan sayang pada wanita, tetapi dalam masa sama menyakitinya.

Jangan kalian menahan kebebasan seorang wanita dengan maksud untuk menyekat haknya.

Jangan kalian mudah menabur janji, jika tidak mampu menepati.

Jangan mempermainkan cinta dan perasaan wanita, jika tidak lagi mengasihi.



























Diciptakan wanita bukan dari kaki untuk dipijak.

Diciptakan wanita bukan dari kepala untuk dijunjung.

Diciptakan wanita dekat dengan hati Adam untuk disayangi, diperlakukan  lemah lembut, untuk didengari rintihan halus jiwa dan air matanya.

Bahagianya wanita kerana seorang lelaki.

Jika dapat mempimpin dirinya menjadi lebih akrab dengan Tuhannya.

Menangisnya wanita kerana seorang lelaki.

Yang dirinya sanggup berkorban apa jua hatta nyawanya.

Duhai sang lelaki.

Langkahmu ke syurga menjadi tempang tanpa pasangan beriman yang turut menemani.

Langkahmu ke neraka mudah terdakwa jika tidak diredai.

Sebaik-baik akhlak lelaki,

Adalah orang yang sangat berakhlak tinggi dengan wanita, bukan menzalimi.

Duhai lelaki.

Bahagiakan seorang wanita bukan dengan hawa nafsu.

Bukan pula kerana harta, bukan juga kerana pangkat atau rupa.

Seorang wanita hanya ingin iman yang terpenuhi di dada, 
Sama-sama berjalan ke arah redha-Nya.

Sesungguhnya.

Setinggi mana cinta di dunia.

Tiadalah erti tanpa diiringi cinta oleh-Nya.

Seagung mana cinta di dunia.

Tiadalah makna tanpa diisi oleh cinta-Nya yang jauh lebih sempurna. "
.
(kak faa)
-puisi 'Untukmu Lelaki-
. .
Follow @radikalromantis
Follow @radikalromantis
Follow @radikalromantis
. .
╔════ೋღღღೋ═══╗
ღ ..... @radikalromantis ..... ღ ╚════ೋღღღೋ═══╝

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Gambar Kata Kata Kartun Pasangan Muslim Radikal Romantis Terkini"

Post a Comment